Sunday 15 October 2017

Resipi Popiah Goreng Sedap
Resipi Popiah Goreng Sedap

special bgi penggemar popia :p 








Ramuan:

Ramuan utama:
24 helai kulit popiah
¼ cawan tepung biasa

Untuk inti:
2 sudu besar minyak masak
5 ulas bawang putih
1 biji lobak merah saiz sederhana
2 biji sengkuang kecil
12 putus kacang hijau
300g kobis
10g tang hoon
1 sudu besar sos kicap soya
1 sudu teh gula
½ sudu teh serbuk lada putih
Garam


Cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan bawang putih sehingga naik bau sebelum menambahkan lobak merah dan sengkuang. Goreng selama 8-10 minit sehingga layu kemudian masukkan kacang hijau dan kobis. Goreng selama 5-10 minit lagi sebelum menambahkan tang hoon dan perisa selebihnya. Goreng sehingga kelembapan tidak lagi kelihatan. Tambahkan perisa sekiranya diperlukan. Pindahkan ke atas piring besar ataupun bekas supaya ia disejukkan.
2. Gunakan sudu dan sendukkan dua sudu inti yang tidak lagi panas ke atas tengah-tengah kulit popiah dan gulungkannya dengan ketat. Lekatkan hujung kulit popiah dengan sebatian yang diperbuat daripada tepung dan air yang sudah dicampur bersama.
3. Panaskan minyak dengan api rendah – setinggi 4cm di atas kuali. Gorengkan popiah dengan perlahan-lahan sehingga warnanya bertukar menjadi perang. Keluarkannya dari kuali dan masukkannya ke dalam bakul dawai. Hidang bersama sos cili manis.



cc by  http://www.hungrygowhere.my/dining-guide/resipi-malaysia/resipi-popiah-goreng-sedap-*aid-208d3101/

No comments:

Post a Comment

How To Create A Miniature Picture Using GIMP 2.8.. So ...this week I got an assignment where I have to create a photo of my own.I ...